cita-cita dan harapan aku sejak awal tahun ni adalah nak berhenti merokok. aku memang nak sgt berhenti rokok. rokok sangat membazirkan duit aku. lain la kalau bapak aku kerja cop duit,tak apa la kan. malah rokok jugak dah buat aku selalu sakitsakit di dada.tapi,sekarang aku nie selalunya macam nie,bila rokok tinggal dalam kotak tinggal 4-5 batang,aku akan cakap"oklah.lepas ni taknak merokok,stop lagi baik" dari dalam hati. tapi bila rokok tue dah tinggal sebatang,aku mesti beli sekotak lagi.alasannya "ni last aku beli.lepas ni tak dah" dengan muka yg serious.tapi entah sampai bila aku punya "last",tuhan saja yang tahu.
tapi lepas aku fikirfikir balik tentang bagaimanakah Aku bila tak ada rokok,ish! sedihnya. ini disebabkan rokok lah kawan baik aku kalau dekat rumah,cara aku melawan situasi tertekan,menghilangkan bosan,melegakan kepala otak dan membuatkan perut terasa kenyang yang lebih lama. untuk pengetahuan kauorang, rokok juga telah membuatkan aku rasa kurang untuk ada girlfriend. yelah,bila ada girlfriend,duit habis dekat topup handphone. so,bila aku menghisap rokok,aku pasti lebih rela menghabiskan duit aku kerana rokok semata-mata. bagi aku,nikmat menghisap rokok lebih baik daripada nikmat mempunyai girlfriend. selain tu,dengan rokok,aku hanya merosakkan diri sendiri,tapi dengan girlfriend pastinya akan lebih kepada merosakkan anak orang.bukankah itu lagi teruk ?
selain tu,aku pernah terfikir yang aku dah banyak berkorban demi rokok. tapi,tak apalah kan sebab rokok pun sama. rokok yg pada asalnya panjang,putih,bersih dan cantik sanggup membakarkan diri sendiri demi memuaskan aku. aku jugak tak boleh nak salahkan rokok kalau dah jatuh sakit disebabkan rokok. ini hiduplah,its give and take,no pain no gain la kan. pernah tak kauorang terfikir,rokok diharamkan kerana memudaratkan manusia. kebetulan gula pun sama.tapi kenapa gula tak diharamkan ?rokok penyebab kanser.tapi gula penyebab diabetes.kenapa gula tak diharamkan eh ?haha.biar lah.
so,inilah keputusan aku.aku tak akan berhenti rokok dan sekarang nie bila hati aku cakap "lepas nie berhenti lah rokok,aku akan balas fuck you! dekat diri aku sendiri.". tapi kan,lepas aku ceritakan pendapat aku nie,aku dapat rasa kan betapa ceteknya tahap pemikiran aku ni kan.
No comments:
Post a Comment